Lawatan Sekolah

Friday, September 30, 2016

Assalamualaikum semua :)

Kelmarin, Hazimah telah mengikuti lawatan sekolah ke beberapa tempat bersama rakan-rakan Hazimah. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan tiba di destinasi pertama kami iaitu melawat warga emas di Rumah Seri Kenangan, Bedong sekitar pukul 9.00 pagi.

Dalam bas. Hujan renyai-renyai .

Sekitar Rumah Seri Kenangan. Ada ayam sekali haha




Kami meluangkan masa di rumah tersebut sampai pukul 11.30 pagi. Sedih sangat tengok keadaan mak bapa yang ditinggalkan di situ. Ada seorang nenek cerita bahawa dia ada ramai cucu, tetapi seorang pun tidak datang melawat.

   Kami berasa begitu kasihan dan simpati serta bertekad untuk tidak membuat perkara yang sama kepada ibubapa kami. Kawan-kawan, hargailah ibu bapa anda! (Emm, macam iklanlah pulak)

    Kemudian, kami bertolak pula ke Lembah Bujang dan sampai di sana pada pukul 12.00 tengah hari. Kami makan tengah hari di sana dan masa yang lebih digunakan untuk menerokai muziumnya sahaja.

Gambar yang ditangkap di Muzium Lembah Bujang

Mukabumi dan taburan tapak tanah bersejarah



Sistem barter pada zaman dahulu

Inilah gunanya bawa gadget. Pemalas haha
 Selepas hampir sejam di sana, kami bertolak pula ke Masjid Terapung Tanjung Dawai untuk bersolat di sana. Kami tiba di situ pada pukul 1.45 petang dan sempat melihat pemandangan di sekitar masjid tersebut.

Laluan masuk masjid



Cuaca agak mendung

Pukul 2.30 petang pula, kami ke Bazaar Tanjung Dawai untuk membeli-belah sedikit, hehe. Biarlah gambar terangkan semuanya.

Beli topi cantik dan air. Sedap wuu
Beli keropok untuk family. Prihatin kan haha
Hampir sejam di bazaar, kami pergi pulak ke Pantai Murni. Sempat ambik beberapa gambar. Hazimah guna 'Panaroma' di camera untuk ambik gambar di bawah. Cantik kan?

Subhanallah, indahnya pemandangan ni!
Sekitar jam 4 petang, kami mula bertolak balik. Tetapi ada singgah beberapa tempat. Kami tiba di sekolah jam 6.00 petang. Memanglah agak penat, tetapi dapat pengalaman yang sangat berbaloi dan kenangan manis bersama rakan. Harap dapat ikut lagi lawatan sekolah ke tempat-tempat lain pula!

Baiklah sampai di sini sahaja. Assalamualaikum.





No comments :

Post a Comment

Theme by: Pish and Posh Designs