Freebies Doodle

Wednesday, November 9, 2016

Assalamualaikum :)


Ni Hazimah ada lukis doodle randomly pastu rajin sikit pi scan. Nak ambik, minta izin dahulu ye! Sekian terima kasih~

p/s: Ada ke yang nak Hazimah buat tutorial lukis doodle? Uhuk, uhuk. Takyah. Pi kat Youtube dan search Pic Candle. Tutorial doodle dia best!


Lawatan Sekolah

Friday, September 30, 2016

Assalamualaikum semua :)

Kelmarin, Hazimah telah mengikuti lawatan sekolah ke beberapa tempat bersama rakan-rakan Hazimah. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan tiba di destinasi pertama kami iaitu melawat warga emas di Rumah Seri Kenangan, Bedong sekitar pukul 9.00 pagi.

Dalam bas. Hujan renyai-renyai .

Sekitar Rumah Seri Kenangan. Ada ayam sekali haha




Kami meluangkan masa di rumah tersebut sampai pukul 11.30 pagi. Sedih sangat tengok keadaan mak bapa yang ditinggalkan di situ. Ada seorang nenek cerita bahawa dia ada ramai cucu, tetapi seorang pun tidak datang melawat.

   Kami berasa begitu kasihan dan simpati serta bertekad untuk tidak membuat perkara yang sama kepada ibubapa kami. Kawan-kawan, hargailah ibu bapa anda! (Emm, macam iklanlah pulak)

    Kemudian, kami bertolak pula ke Lembah Bujang dan sampai di sana pada pukul 12.00 tengah hari. Kami makan tengah hari di sana dan masa yang lebih digunakan untuk menerokai muziumnya sahaja.

Gambar yang ditangkap di Muzium Lembah Bujang

Mukabumi dan taburan tapak tanah bersejarah



Sistem barter pada zaman dahulu

Inilah gunanya bawa gadget. Pemalas haha
 Selepas hampir sejam di sana, kami bertolak pula ke Masjid Terapung Tanjung Dawai untuk bersolat di sana. Kami tiba di situ pada pukul 1.45 petang dan sempat melihat pemandangan di sekitar masjid tersebut.

Laluan masuk masjid



Cuaca agak mendung

Pukul 2.30 petang pula, kami ke Bazaar Tanjung Dawai untuk membeli-belah sedikit, hehe. Biarlah gambar terangkan semuanya.

Beli topi cantik dan air. Sedap wuu
Beli keropok untuk family. Prihatin kan haha
Hampir sejam di bazaar, kami pergi pulak ke Pantai Murni. Sempat ambik beberapa gambar. Hazimah guna 'Panaroma' di camera untuk ambik gambar di bawah. Cantik kan?

Subhanallah, indahnya pemandangan ni!
Sekitar jam 4 petang, kami mula bertolak balik. Tetapi ada singgah beberapa tempat. Kami tiba di sekolah jam 6.00 petang. Memanglah agak penat, tetapi dapat pengalaman yang sangat berbaloi dan kenangan manis bersama rakan. Harap dapat ikut lagi lawatan sekolah ke tempat-tempat lain pula!

Baiklah sampai di sini sahaja. Assalamualaikum.





Percubaan Pertama

Saturday, September 24, 2016




Assalamualaikum dan hai semua :)

Baru tadi, Hazimah cuba untuk memasak nasi goreng untuk pertama kalinya. Hanya berbekalkan sumber daripada ibu dan Google, hahaha. Mahu tahu hasilnya jadi seperti apa?

   Emm, boleh tahan. Masih boleh dimakan tanpa perlu muntah dalam baldi. Cuma sedikit masin dan hitam sikit. Mungkin terlebih garam dan kicap. Tidak mengapa, baru percubaan pertama. InsyaaAllah Hazimah akan try again.

    Selain itu, Hazimah juga cuba buat milkshake guna serbuk milo, susu, ais, aiskrim dan air gua pengisar. Boleh tahan juga rasanya. Kemudian, Hazimah buat jus oren pula. Hehe, Hazimah cuba macam-macam dengan pengisar.

   Setakat ini, untuk makanan, Hazimah baru boleh masak nasi, goreng telur, goreng ikan, ayam, goreng keropok dan baru cuba goreng nasi. Baru secubit sahaja ilmu memasak. Akan terus menambahkan ilmu masakan agar boleh jadi mahir macam juara Masterchef, hehehe!

  Kata orang tua-tua, zaman dulu perempuan seusia Hazimah sudah boleh masak macam-macam. Hmm, mungkin disebabkan faktor zaman kini semuanya sibuk dengan gadjet, sehingga tidak sempat masuk dapur! InsyaaAllah, Hazimah akan tetap sentiasa masuk dapur sama ada untuk tolong masak, tolong tengok atau tolong makan! Hahaha xD

    Eh, sampai di sini saja dulu ya. Assalamualaikum.

Poster Random (Freebies)

Friday, September 23, 2016


Assalamualaikum dan hai semua :) Hari ini Hazimah hendak memberi freebies random poster yang dibuat sendiri oleh Hazimah di PhotoScape. Ingat ya, kalau hendak guna sila minta izin dahulu!






Tutorial Membuat Poster (Photoscape)



Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, Hazimah akan membuat tutorial cara membuat poster Salam Jumaat seperti di atas di Photoscape. Aplikasi ini boleh didownload di Google atau mana-mana :)

Step 1
Buka Photoscape

Step 2
Tekan Editor

Step 3
Tekan Menu (ada di hujung sebelah kiri di bawah)

Step 4
 Tekan New Photo

Step 5
 Tentukan width (lebar), height (tinggi) dan color. 

Step 6
 Tekan Object

Step 7
Tekan perkataan T (Text)

 
Step 8
Tulis text yang diingini dan tekan OK. Pandai-pandailah adjust sendiri.

Step 9
 Kalau nak letak gambar, tekan gambar macam panaroma tu. Insert gambar sendiri.

Step 10
Adjust sendiri bagi elok dan tekan save, kemudian save as.


DONE!

Kalau tak faham, boleh beritahu di bahagian komen. InsyaaAllah Hazimah akan tolong setakat yang mampu. Baiklah, sekian. Assalamualaikum :)




Salam Jumaat (Freebies Poster)

Thursday, September 22, 2016




Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua umat Islam :)

   Alhamdulillah, kerana kita masih bernafas pada hari Jumaat ini. Pada hari ini, Hazimah hendak memberikan sedikit freebies poster Salam Jumaat berbagai warna. Jika rakan-rakan sekalian hendak menggunakannya, sila minta izin terlebih dahulu ya.

  Kalau Hazimah rajin, Hazimah akan buat tutorial cara hendak membuat poster-poster di bawah, InsyaaAllah. Hazimah membuat poster di bawah menggunakan aplikasi Photoscape yang didownload. Kawan-kawan boleh cari di google ya. Sampai di sini sahaja. Assalamualaikum.









Badminton

Tuesday, September 20, 2016


Assalamualaikum dan hai semua :)

  Pagi tadi, Hazimah dan kawan-kawan sekelas telah bermain badminton. Memang best sangat sebab lama tak main. Dapat juga mengeratkan hubungan antara rakan dan mencergaskan badan. Mulanya mahu duduk di dalam kelas saja, namun kami berjaya memujuk cikgu untuk turun padang, hehehe.

   Tetapi, hanya sedikit sahaja rakan sekelas Hazimah yang hadir ke sekolah pada hari ini. Ini kerana rakan-rakan sekelas yang lain telah mengikuti lawatan ke tempat-tempat tertentu sehingga hari Jumaat ini. Hazimah tidak sertai kerana sebab-sebab tertentu.

    Sebenarnya, Hazimah tidaklah mahir dalam bermain badminton. Nak pukul bulu tangkis ke arah pihak lawan pun asyik terlepas. Haisyh, macam manalah nak jadi pemain badminton nanti? (Ehh taklah, gurau je)

   Nasib baiklah kawan Hazimah penyabar dan tidak terlalu marah kerana Hazimah tidak begitu mahir main badminton. Kalau tidak, sudah rosak raket badminton Hazimah. Hahaha xD Akhirnya, kami berhenti main badminton dan bertukar angin kepada bermain sofbol.

       Baiklah, sampai di sini sahaja coretan Hazimah. Assalamualaikum.

     

Brain Bee Challenge Junior

Gambar di bawah adalah keputusan untuk tahun 2014. Begitu hebatnya SKSAT hingga merangkul naib johan.

Assalamualaikum dan hai semua :)

Pagi tadi, Hazimah telah menyertai Brain Bee Challenge Junior Zon A (Kedah dan Perlis) di SK Sultan Ahmad Tajuddin. Hazimah berasa sungguh seronok kerana dapat kembali ke sekolah lama Hazimah. Dapat juga berjumpa dengan rakan lama.

    Selain itu, Hazimah berasa sungguh bertuah kerana dapat pengalaman berharga menyertai challenge ini. Dalam challenge ini, ada beberapa sekolah yang menghantar beberapa wakilnya untuk menjawab soalan-soalan yang bertemakan sains dan teknologi.

    Daripada berpuluh-puluh wakil yang dihantar, hanya 10 orang terbaik akan mewakili Zon A untuk bertanding antara zon-zon lain dan merangkul juara. Hazimah tidaklah berharap sangat dapat ke peringkat seterusnya kerana soalannya boleh tahan sukar.

     Sampai di sini saja. Assalamualaikum.


Pengenalan

Monday, September 19, 2016



Assalamualaikum dan hai!

Ini merupakan post pertama Hazimah dalam blog ini. Selamat berkenalan, semua! Hazimah sudah ada blog sebelum ini tetapi sudah dibuang atas alasan tertentu. Blog ini khusus untuk menceritakan pengalaman Hazimah apabila sudah menginjak ke alam sekolah menengah.

   Kini, Hazimah baru selesai menduduki peperiksaan UPSR dan bakal menerima keputusannya bulan 11 nanti, InsyaaAllah! Semua tolong doakan Hazimah, ya? Terima kasih! Rasanya, Hazimah perlu berhenti sampai di sini dahulu. Sehingga berjumpa lagi, assalamualaikum.

Theme by: Pish and Posh Designs